Pagi ni kite kongsi serba sedikit tentang pemakanan.Bukan apa,faktor pemakanan ni amat-amat banyak mempengaruhi hidup kita sehari hari.Silap makan,sakit itu,silap makan sakit ini..Betul x? Ok, hari-hari kita sakit kepala telan panadol,sakit kepala je telan panadol, pegi klinik kerajaan dapat paracetamol,pergi klinik swasta dapat paracetamol.Badan kita ni bila dah selalu sangat terima ‘dadah’ tu,lama-lama kalau makan,dah tak jadi apa, kuman dah immune dengan ubat tu..Jadi nak tak nak,terpaksa cari ubat lebih kuat (bukan ubat kuat ye!) untuk menentang kuman tu.Tapi bagi yang belum hadapi masalah ni, mari kita cuba tips2 berikut ye:
- Amalkan mengambil 1 sudu makan madu di waktu pagi (seeloknya sebelum gosok gigi, ini betul tau, bukan cobaan ).
- Ambil sarapan pagi (seeloknya bijirin oat bersama susu ).Roti pon boleh, dapat biskut ‘Jacobs’ pon cantik la tu.Jangan biar perut kosong waktu pagi.
- Minum air putih 2 liter sehari.Tapi jangan terlampau banyak,takut nanti buah pinggang tak mampu nak proses,timbul masalah lain.
- Beriadah waktu petang.Kalau x sempat nak ajak kawan main bola ke,badminton ke, pegi je berjalan sekurang-kurang nya 1 jam.Kalau mampu berjoging,lagi la elok ye.
- Makan malam.Ha ni 1 lagi,sekarang ramai dah yang dok amal ‘supper’ @ makan lewat malam.Dah terikut-ikut kawan.Sekali-sekala tu tak pe lah,tapi jangan selalu ye.Bukan apa,lepas ‘supper’ terus pi tidoq,sian perut tu,x sempat nak memproses.Seeloknya jangan lah kita amalkan.Biasa kan makan malam pada pukul 6 petang,paling lewat pon 7 malam.Tapi jangan pulak x makan malam langsung sebab saya kata jangan lebih dari pukul 7..
- Akhir sekali,buat kita yang beragama Islam,solat 5 waktu jangan tinggal sebab itu merupakan senaman paling baik,Allah dah wajib kan untuk kita.
Ok lah,setakat ni saja tips kita untuk kali ni.Selamat beramal,Wassalam.
No comments:
Post a Comment